2019!
5 tahun yang lalu
Hari Jumaat lepas ada sambutan maulidul rasul, cikgu suruh semua murid pakai baju biasa atau baju raya, baju kurung, tudung, kalau lelaki kena pakai baju melayu. Alissa pakai baju kurung pahang yang mama beli, alissa pinjam tudung mama yang warna kelabu tu. Tahun ni ada perarakan sambil berselawat keliling kawasan sekolah, tapi malangnya hujan lah pulak, perarakan dibatalkan. Dari pagi kami kena duduk kat dewan, dahlah bising satu apa pun tak dengar bila ustad bagi ceramah. Kuiz pun tak dapat nak jawab, penat alissa angkat tangan nak jawab soalan kuis, ustad buat tak nampak jer. Ada pertandingan membuat poster maulidul rasul kelas 4 amanah menang, cantik tapi tak ada gambar nak tunjuk kat sini