Isnin, 30 Mac 2009
Rabu, 18 Mac 2009
Isnin, 16 Mac 2009
Hari Jumaat lepas ada sambutan maulidul rasul, cikgu suruh semua murid pakai baju biasa atau baju raya, baju kurung, tudung, kalau lelaki kena pakai baju melayu. Alissa pakai baju kurung pahang yang mama beli, alissa pinjam tudung mama yang warna kelabu tu. Tahun ni ada perarakan sambil berselawat keliling kawasan sekolah, tapi malangnya hujan lah pulak, perarakan dibatalkan. Dari pagi kami kena duduk kat dewan, dahlah bising satu apa pun tak dengar bila ustad bagi ceramah. Kuiz pun tak dapat nak jawab, penat alissa angkat tangan nak jawab soalan kuis, ustad buat tak nampak jer. Ada pertandingan membuat poster maulidul rasul kelas 4 amanah menang, cantik tapi tak ada gambar nak tunjuk kat sini
Selasa, 10 Mac 2009
Dah lama alissa tunggu untuk naik pentas ambik hadiah. Akhirnya tercapai juga hasrat alissa. Alissa dapat dua hadiah, tapi hadiah murah jer. Tak apa lah mama kata, murah pun kena simpan buat kenangan. Kalau dapat duit kan best, macam budak2 yang dapat 5A tu, dapat rm100 datuk Johari bagi. Tahun ni kalau alia dapat 5A ,kalau dia dapat rm100, bolehlah alissa minta kat dia rm50. Boleh tak alia? Mesti dia cakap bolehhh..blah!!!
Masa ni bosan betul, asyik berlatih aje.
masa rehat, mama ambil gambar alissa dan kawan-kawan.
Mama cakap alissa cepat sangat berjalan, tak sempat mama nak ambik gambar.
Gambar yang ini kali ke 2 alissa naik pentas.
Ini hafiz ketua darjah kelas alissa, alissa jadi penolong dia.Gambar ni bukan alissa buat. Mama yang mengada-ngada buat. Mentang-mentanglah hafiz comel. Padahal tak comel pun.
Jumaat, 6 Mac 2009
Esok hari anugerah cemerlang. Alissa tak sabar nak dapat hadiah, walaupun penat asyik berlatih naik turun pentas ambik hadiah. Alissa dapat 2 hadiah, satu untuk no.2 dalam kelas, dan satu lagi hadiah dapat markah tertinggi dalam matematik.
Esok alissa nak minta mama tangkap gambar, boleh alissa letak dalam blog.