Rabu, 26 Ogos 2009

boring

bulan pusa ni sibuk sikit kena pergi bazaar ramadan lepastu bila pergi bazaar ramadan mesti ramai orang ada yang tunjukkan ketiak dia yang masam.sorry lah lama tak tulis blog sibuk dengan facebook sapa yang ada facebook add lah aku untuk jadi kawan search nama diyana alissa nanti keluarlah gambar aku ok lah bye nak main game farmville kat facebook ni sebab tulah aku lama tak tulis asyik buka facebook aje blog tak tengok pulak.

Jumaat, 24 Julai 2009

dah nak periksa

alamak,dah nak periksa buku pun tak baca lagi. rasa macam malas nak baca buku banyak kerja sekolah.tapi aku nak lulus lah periksa ini. hari dah nak puasa dan raya aku minta maaf lah ye kalau ada buat salah-silap. berapa kali aku ulang ni.tapi tolong lah rajin2 komen ye bosan lah bila buka blog tak ada orang komen dan tak ada orang datang

Rabu, 15 Julai 2009

sibuk lah

hai sorry lah lama tak tulis blog sebab sibuk buat kerja sekolah banyak pula tu.
sapa yang komen kat shoutmix tu maaf lah banyak yang tak balas maaf kan ye hari dah nak puasa.tak sabar nak raya dapat duit raya.apalah aku ni puasa pun belum kata nak raya pulak hahahahaha.ok lah setakat ni je boleh tulis blog.kalau boleh rajin-rajin lah komen nanti aku akan berusaha untuk balas komen korang tu. tak akan asyik 1 orang je masuk blog aku ok lah bye.good luck all

Rabu, 1 Julai 2009

mari berhibur



liril lagu:Let's dance together
Get on the dance floor
The party won't start
If you stand still like that
Let's dance together
Let's party and turn off the light

Berdiri semua di ruang yang redup
Bercahaya bagai kilat

Aku dan yang lain
Menikmati semua
Irama berderap kencang

Tak ada Gundah
Hilang semua penat di dada

repeat

Selasa, 23 Jun 2009

ALISSA DAPAT NOMBOR SATU

alissa dapat no 1 sebab semua mata pelajaran alissa A

Sabtu, 20 Jun 2009



untuk mama

Rabu, 17 Jun 2009

Gambar2 masa bercuti di Lumut



Selasa, 2 Jun 2009

Should be ok



thanks for my mum coz create my picture and make it very nice looking.

Jumaat, 29 Mei 2009

Happy Holiday

Dah cuti sekolah, dah habis periksa, periksa kali ni alissa rasa macam senang je. Ujian bulan Mac hari tu lagi susah. Setakat ini alissa dah dapat markah B. inggeris dan Agama. Alissa rasa seronok sangat sebab english alissa dapat 97% paling tinggi dalam kelas. ujian bulan mac alissa dapat 78% je. Nasib baik dapat A, kalau tidak tentu mama marah. Alissa tengah berdebar-debar untuk tunggu markah yang lain. Mama kata kalau dapat A mama bagi rm3, alia pula kalau dapat A - Rm5, tak aci betul mama ni. sekarang alissa dah dapat rm3 untuk B. Inggeris oklah tu..terima kasih mama.
Sedih cuti ni tak pergi mana-mana sebab alia ada kelas tambahan

Selasa, 28 April 2009

Hadiah Hari Jadi Alissa


Sebenarnya hari jadi alissa esok, tapi esok abah nak datang ambil alissa dan alia. Hari ni mama dah beri hadiah harijadi untuk alissa. Sebuah jam tangan KIKO, memang cantik, mahal juga. Alissa janji akan jaga jam tu elok-elok, jangan bagi rosak. Terima kasih mama.

Sabtu, 11 April 2009

Tak ada tajuk

Dah dapat markah ujian bulan Mac. Mama kata ujian ini penting sebab akan dicampur dengan PKSR 1 bulan 5 nanti.
Markah alissa

BM PEMAHAMAN 98 - paling tinggi dalam kelas
BM PENULISAN 86
MATEMATIK 93 paling tinggi dalam kelas, alissa seorang saja dapat A
SAINS 94
B.INGGERIS 78 mama marah giler dekat alissa dapat B, alissa tak tahu
nak buat karangan dalam bahasa Inggeris. Mama nak
hantar alissa tuisyen dengan kawan mama.

AGAMA 82

Tak lama lagi Birthday alissa yey! apa hadiah mama dan abah nak bagi yer. tak sabar alissa.

Ahad, 5 April 2009

Hari ni Cutiiii.....


Hari ni cuti sekolah, cuti peristiwa sebab hari Sabtu ada sukan. Alissa tak tau buat apa. Tolong mama mengemas rumah , alissa vacum lantai, alia sidai kain. Lepas tu alissa, adik dan alia cuci kereta. Penat juga. Tengok gambar alissa kat atas tu, bertambah gelap sebab hari Sukan hari khamis lepas, alissa ambil bahagian, cikgu kumpulkan kan kami dekat padang tengah panas. Lama kena tunggu sebelum acara bermula. Kulit alissa terbakar kena matahari. Marah betul alissa, Nasib baik menang dapat 2 hadiah. Tapi tak ada gambar alissa sebab mama tak bawa kamera. Sedih alisaa.

Isnin, 30 Mac 2009

Jalan2 ke Zoo Negara





Hari Sabtu lepas, alissa, mama dan adik pergi zoo, alia kena tinggal sebab dia ada tak siap kerja tuisyen. Kesian alia. Best pergi zoo, tapi penatnya jalan, sampai kaki alissa melecet pakai kasut, sepatutnya alissa pakai selipar jer.

Kat atas tu gambar2 alissa masa kat zoo.

Rabu, 18 Mac 2009

Orang yang alissa sayang


alissa sayang mama, ini gambar mama dan adik, alissa sayang mama dan adik. Hari ni alissa ikut mama ajar kelas tambahan. Alissa selalu doa supaya alissa akan duduk bersama mama sampai bila-bila. Alissa sayang adik sebab adik sangat comel.

Orang yang alissa sayang

Isnin, 16 Mac 2009

Hujan dan Sambutan Maulidul Rasul




Hari Jumaat lepas ada sambutan maulidul rasul, cikgu suruh semua murid pakai baju biasa atau baju raya, baju kurung, tudung, kalau lelaki kena pakai baju melayu. Alissa pakai baju kurung pahang yang mama beli, alissa pinjam tudung mama yang warna kelabu tu. Tahun ni ada perarakan sambil berselawat keliling kawasan sekolah, tapi malangnya hujan lah pulak, perarakan dibatalkan. Dari pagi kami kena duduk kat dewan, dahlah bising satu apa pun tak dengar bila ustad bagi ceramah. Kuiz pun tak dapat nak jawab, penat alissa angkat tangan nak jawab soalan kuis, ustad buat tak nampak jer. Ada pertandingan membuat poster maulidul rasul kelas 4 amanah menang, cantik tapi tak ada gambar nak tunjuk kat sini

Selasa, 10 Mac 2009

Akhirnya dapat hadiah juga

Dah lama alissa tunggu untuk naik pentas ambik hadiah. Akhirnya tercapai juga hasrat alissa. Alissa dapat dua hadiah, tapi hadiah murah jer. Tak apa lah mama kata, murah pun kena simpan buat kenangan. Kalau dapat duit kan best, macam budak2 yang dapat 5A tu, dapat rm100 datuk Johari bagi. Tahun ni kalau alia dapat 5A ,kalau dia dapat rm100, bolehlah alissa minta kat dia rm50. Boleh tak alia? Mesti dia cakap bolehhh..blah!!!


Masa ni bosan betul, asyik berlatih aje.


masa rehat, mama ambil gambar alissa dan kawan-kawan.


Mama cakap alissa cepat sangat berjalan, tak sempat mama nak ambik gambar.


Gambar yang ini kali ke 2 alissa naik pentas.


Ini hafiz ketua darjah kelas alissa, alissa jadi penolong dia.Gambar ni bukan alissa buat. Mama yang mengada-ngada buat. Mentang-mentanglah hafiz comel. Padahal tak comel pun.

Jumaat, 6 Mac 2009

Bestnya dapat Hadiah

Esok hari anugerah cemerlang. Alissa tak sabar nak dapat hadiah, walaupun penat asyik berlatih naik turun pentas ambik hadiah. Alissa dapat 2 hadiah, satu untuk no.2 dalam kelas, dan satu lagi hadiah dapat markah tertinggi dalam matematik.
Esok alissa nak minta mama tangkap gambar, boleh alissa letak dalam blog.

Selasa, 17 Februari 2009

award from kak xoxo

award ni dari kak xoxo.thanks kak xoxo.

Isnin, 9 Februari 2009

pergi bentong

hai semalam aku gi bentong best dapat jumpa kawan-kawan. mak aku jumpa kawan-kawan dia lah. tapi hampeh aku tak dapat jumpa kawan-kawan,sebenarnya aku nak cari anis kat 3 wira.3 wira kat tingkat atas sekali tapi tak jumpa yang aku jumpa ayie je dia sengeh-sengeh je sambil main penyapu.rupa-rupanya anis ada kat kelas ayie tu.tak sempat aku nak jumpa anis sebab ayah aku duduk dalam kereta selama 1 jam panas la tu duduk dalam kereta.rasa sekejap je jumpa kawan-kawan.mak aku pun tak puas jumpa kawan-kawan.

Rabu, 28 Januari 2009

hari yang memenatkan

dulu aku pergi kuantan.abah suruh bangun pukul 5:30 pagi.tapi aku bangun pukul 7:00 pagi. mama dan abah pun bangun lambat.kita orang keluar pukul 8:00.bila sampai kuantan.terus cari hotel dekat cherating,hingga pukul 8:00 malam.tak jumpa-jumpa hotel pun.akhirnya balik rumah.sampai rumah pukul 10:00 malam.esok keharinya pergi Zoo Negara,tapi kedai tiket tutup.lepas tu kita orang pergi mines,masuk percuma naik bot.bot tu pusing kat tasik best lepastu beli ice-cream.lepastu balik.

Khamis, 22 Januari 2009

pa&ma january 2009

ini gambar izzmi masuk dalam majalah pa&ma bulan january,2009.susah nak cari maklumlah dah nak bulan2.

Ahad, 18 Januari 2009

Saya dan Izzmi

Ni gambar saya dengan adik.Cantik tak? Mama yang tolong buatkan. Nanti mama ajar alissa yer.alissa nak letak frame kat gambar alissa banyak-banyak.

Rabu, 14 Januari 2009

Playground..

hari ahad hari itu,aku pergi taman tempat kegemaran izzmi.ada jabatan gantung izzmi takut naik jabatan gantung itu takut jatuh.ada yang lompat-lompat tu best naik itu. lepastu buaian boleh pusing.izzmi yang naik tu.baby je boleh naik. masa izzmi nak turun ada budak besar berebut-rebut dengan adik dia. izzmi nangis tak nak balik.aku makan malam dekat cahaya foodcourt nasi kukus kat situ sedap tapi aku makan nasi paprik.izzmi makan sate,mama makan nasi kukus.alia nasi paprik,abah makan mee goreng.lepas tu balikkk

Isnin, 5 Januari 2009

sekolah

hai aku dapat jadi pengawas sekolah and penolong ketua kelas. guru kelas aku teacher bazian dia baik sangat.ketua kalas hafiz.dia pun jadi pengawas. wani jadi pengawas juga.

Sabtu, 3 Januari 2009

Jalan -jalan





Petang semalam aku sekeluarga pergi dataran merdeka ada air pancut dan replika pokok periuk kera kelakar kan nama pokok itu .Mama kata pokok itu makan serangga. bila serangga itu masuk dalam lubang pokok itu.serangga tu akan jadi cair. Cuba kita masukkan tangan kita dalam lubang pokok itu mesti cair tangan kitakan.Tak tahulah betul ke tak?










Ni gambar alissa, alia dan izzmi. Kat belakang tue pokok periuk kera
Cuba tengok betul2 belakang gambar adik tue, ada jari hantu. Bukanlah tu tangan alissa, Jaga adik takut adik jatuh.


Jumaat, 2 Januari 2009

gunting rambut

isnin ni dah sekolah,pagi tadi mama ajak kami bertiga gunting rambut. sebelum itu kami pergi makan kat al-hamid shah,aku,mama dan abah makan roti telur. alia je makan roti canai tapi abah makan banyak roti telur dan roti banjir. aku minum air teh o suam mama minum teh tarik sama macam abah alia minum sirap ais. lepas makan terus gunting rambut mula-mula aku yang gunting rambut lepas aku alia lepas alia izzmi .izzmi menangis tak henti-henti takut maklumlah baby .izzmi tak habis pun gunting rambut belah tepi. harga semuanya rm30.00

;;