Selasa, 28 April 2009

Hadiah Hari Jadi Alissa


Sebenarnya hari jadi alissa esok, tapi esok abah nak datang ambil alissa dan alia. Hari ni mama dah beri hadiah harijadi untuk alissa. Sebuah jam tangan KIKO, memang cantik, mahal juga. Alissa janji akan jaga jam tu elok-elok, jangan bagi rosak. Terima kasih mama.

Sabtu, 11 April 2009

Tak ada tajuk

Dah dapat markah ujian bulan Mac. Mama kata ujian ini penting sebab akan dicampur dengan PKSR 1 bulan 5 nanti.
Markah alissa

BM PEMAHAMAN 98 - paling tinggi dalam kelas
BM PENULISAN 86
MATEMATIK 93 paling tinggi dalam kelas, alissa seorang saja dapat A
SAINS 94
B.INGGERIS 78 mama marah giler dekat alissa dapat B, alissa tak tahu
nak buat karangan dalam bahasa Inggeris. Mama nak
hantar alissa tuisyen dengan kawan mama.

AGAMA 82

Tak lama lagi Birthday alissa yey! apa hadiah mama dan abah nak bagi yer. tak sabar alissa.

Ahad, 5 April 2009

Hari ni Cutiiii.....


Hari ni cuti sekolah, cuti peristiwa sebab hari Sabtu ada sukan. Alissa tak tau buat apa. Tolong mama mengemas rumah , alissa vacum lantai, alia sidai kain. Lepas tu alissa, adik dan alia cuci kereta. Penat juga. Tengok gambar alissa kat atas tu, bertambah gelap sebab hari Sukan hari khamis lepas, alissa ambil bahagian, cikgu kumpulkan kan kami dekat padang tengah panas. Lama kena tunggu sebelum acara bermula. Kulit alissa terbakar kena matahari. Marah betul alissa, Nasib baik menang dapat 2 hadiah. Tapi tak ada gambar alissa sebab mama tak bawa kamera. Sedih alisaa.

;;