Rabu, 28 Januari 2009

hari yang memenatkan

dulu aku pergi kuantan.abah suruh bangun pukul 5:30 pagi.tapi aku bangun pukul 7:00 pagi. mama dan abah pun bangun lambat.kita orang keluar pukul 8:00.bila sampai kuantan.terus cari hotel dekat cherating,hingga pukul 8:00 malam.tak jumpa-jumpa hotel pun.akhirnya balik rumah.sampai rumah pukul 10:00 malam.esok keharinya pergi Zoo Negara,tapi kedai tiket tutup.lepas tu kita orang pergi mines,masuk percuma naik bot.bot tu pusing kat tasik best lepastu beli ice-cream.lepastu balik.

Khamis, 22 Januari 2009

pa&ma january 2009

ini gambar izzmi masuk dalam majalah pa&ma bulan january,2009.susah nak cari maklumlah dah nak bulan2.

Ahad, 18 Januari 2009

Saya dan Izzmi

Ni gambar saya dengan adik.Cantik tak? Mama yang tolong buatkan. Nanti mama ajar alissa yer.alissa nak letak frame kat gambar alissa banyak-banyak.

Rabu, 14 Januari 2009

Playground..

hari ahad hari itu,aku pergi taman tempat kegemaran izzmi.ada jabatan gantung izzmi takut naik jabatan gantung itu takut jatuh.ada yang lompat-lompat tu best naik itu. lepastu buaian boleh pusing.izzmi yang naik tu.baby je boleh naik. masa izzmi nak turun ada budak besar berebut-rebut dengan adik dia. izzmi nangis tak nak balik.aku makan malam dekat cahaya foodcourt nasi kukus kat situ sedap tapi aku makan nasi paprik.izzmi makan sate,mama makan nasi kukus.alia nasi paprik,abah makan mee goreng.lepas tu balikkk

Isnin, 5 Januari 2009

sekolah

hai aku dapat jadi pengawas sekolah and penolong ketua kelas. guru kelas aku teacher bazian dia baik sangat.ketua kalas hafiz.dia pun jadi pengawas. wani jadi pengawas juga.

Sabtu, 3 Januari 2009

Jalan -jalan





Petang semalam aku sekeluarga pergi dataran merdeka ada air pancut dan replika pokok periuk kera kelakar kan nama pokok itu .Mama kata pokok itu makan serangga. bila serangga itu masuk dalam lubang pokok itu.serangga tu akan jadi cair. Cuba kita masukkan tangan kita dalam lubang pokok itu mesti cair tangan kitakan.Tak tahulah betul ke tak?










Ni gambar alissa, alia dan izzmi. Kat belakang tue pokok periuk kera
Cuba tengok betul2 belakang gambar adik tue, ada jari hantu. Bukanlah tu tangan alissa, Jaga adik takut adik jatuh.


Jumaat, 2 Januari 2009

gunting rambut

isnin ni dah sekolah,pagi tadi mama ajak kami bertiga gunting rambut. sebelum itu kami pergi makan kat al-hamid shah,aku,mama dan abah makan roti telur. alia je makan roti canai tapi abah makan banyak roti telur dan roti banjir. aku minum air teh o suam mama minum teh tarik sama macam abah alia minum sirap ais. lepas makan terus gunting rambut mula-mula aku yang gunting rambut lepas aku alia lepas alia izzmi .izzmi menangis tak henti-henti takut maklumlah baby .izzmi tak habis pun gunting rambut belah tepi. harga semuanya rm30.00

;;